Nasi goreng USA
Nasi goreng USA

Nasi goreng USA

Nasi goreng USA ialah salah satu masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng USA adalah salah satu jenis variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.Nasi goreng USA singkatan kepada Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan "USA" adalah merujuk kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan istilah "USA", makanan ini tidak mempunyai asal-usul dari negara USA.Walau bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada ayam, atau daging) dengan telur goreng.

Berkaitan